KATA KERJA
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh orang,binatang dan benda.
1 Encik Daud ____________ rumput di belakang rumahnya dengan sabit.
A menebas B membajak C menoreh D menajak
2 Keluarga malang itu tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka ____________ dalam kebakaran petang semalam.
A roboh B ranap C hancur D musnah
3 Kereta yang dipandu laju itu tidak dapat dikawal lalu ____________ ke tepi jalan.
A terjatuh B tergolek C. terbabas D terhempas
4 Pak Mat sedang tekun ____________ jalanya yang koyak.
A menampal B menyirat C menjahit D mengait
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah
5 Nenek ____________ kuih pau dan lepat pisang untuk dimakan petang nanti.
A merebus B menanak C mengukus D menjerang
6 Kakak ____________ ikan yang hendak digorengnya dengan garam halus dan
kunyit.
A mengadun B menabur C mencalit D melumur
7 Bekalan makanan ke kawasan pedalaman ____________ jika banjir masih
berterusan.
A tersadai B tersimpan C terputus D terbantut
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah
8 Abang ____________ dahan kayu yang terkena bumbung rumah mereka dengan sebilah parang yang tajam.
A menetak B memangkas C mengerat D mencantas
9 Nenek begitu cekap ____________ padi di dalam lesung.
A menampi B menuai C menumbuk D mengirik
10 Kapal dagang itu telah ____________ meninggalkan pelabuhan .
A berlabuh B belayar C bergerak D berganjak
1 1 Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas layak ____________ dalam pilihan
raya.
A memilih B mengundi C melabur D menyambut
12 Guru Besar ____________ mereka yang dilantik menjadi pengawas supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
A merayu B menyuruh C mendesak D mengharap
13 Lelaki yang ____________ kedai emas itu telah ditembak mati.
A meragut B memecah C merompak D merampas
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah
14 Zainal pandai ____________ layang-layang daripada buluh.
A menghias B menekan C membuat D menjahit
15 Rohaida______________ peluh di dahinya
A mengelap B mengusap C mengalir D menepuk
16 Puan Nor ____________ wang di bank untuk tabung pendidikan anaknya.
A menyimpan B mengeluarkan C memasukkan D meminta
Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.
17 Encik Muin sedang ____________ roti canai di gerainya.
A mengandun B mencanai C menebar D menguli
18 Sekawan lembu Pak Mat ____________ rumput di padang berhampiran rumahnya
A meratah B meragut C mengunyah D memakan
19 Ramai orang ____________ ikan di tali air itu pada waktu petang.
A menjaring B. memikat C mengail D melastik
Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah
20 Cikgu Anis sedang ____________ buku latihan murid-muridnya di dalam bilik guru.
A menyemak B membuat C melakar D melukis
没有评论:
发表评论